Pages

INFO

:..Pertandingan Mereka Corak T-Shirt..:



KNI Enterprise sedang menganjurkan satu pertandingan mereka corak design t-shirt. Pertandingan ini terbuka kepada semua lapisan masyarakat mengikut kategori-kategori yang telah ditetapkan. Pertandingan ini bertujuan bagi mencari bakat-bakat baru dalam dunia mereka corak design dan grafik. Pertandingan ini bermula pada 8 Mei hingga 15 Jun 2011. Bagaimanapun tarikh tutup pertandingan ini terpaksa ditunda ke suatu tarikh yang belum ditetapkan untuk memberi peluang kepada lebih ramai bakat-bakat terpendam di luar sana.

Pertandingan ini diharapkan mampu melahirkan lebih ramai designer-designer muda yang mempunyai idea-idea kreatif dalam menghasilkan karya-karya mereka.
Untuk maklumat, peserta-peserta yang terpilih mungkin akan ditawarkan untuk menjadi pereka corak muda yang akan berkhidmat untuk KNI Enterprise.

kepada yang ingin menyertai pertandingan ini sila ke laman facebook KNI Enterprise.