Salam Sejahtera kepada semua liker page T-Shirt Design Contest..
Terima Kasih kerana sudi sama2 memeriahkan page ini. Terima kasih juga kepada peserta2 yang telah menghantar penyertaan rekaan anda kepada kami. Kepada mana2 peserta yang masih belum menhantar butiran peribadi anda ke emel kami sila berbuat demikian secepat mungkin untuk tujuan rekod.
Kepada yang masih dalam proses menyiapkan rekaan anda untuk dihantar kepada kami selamat maju jaya kami ucapkan.
Diingatkan kepada semua peserta agar mempromosikan rekaan anda kerana reka corak dengan jumlah like tertinggi mempunyai peluang yang amat cerah untuk memenangi pertandingan ini.
Adalah diingatkan juga pertandingan ini mempunyai 5 kategori dan masih terdapat kategori2 yang masih belum mendapat sebarang penyertaan terutamanya kategori 4 bertemakan bulan kemerdekaan Malaysia.
Oleh itu, pihak penganjur amatlah berbesar hati sekiranya anda dapat menghantar penyertaan untuk kategori 4 bagi memeriahkan sambutan bulan kemerdekaan Malaysia walaupun kita bakal berada dalam bulan penuh keberkatan iaitu Ramadhan yang kebetulan bersamaan dengan bulan kemerdekaan Malaysia.
Akhir kata, sekali lagi kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada anda semua kerana menyokong kami secara langsung mahupun tidak langsung.
Young Designers Contest
:~DesIgN YoUr iLlUsIoNs~:
Saturday, July 23, 2011
Monday, June 13, 2011
Monday, June 6, 2011
:..Pertandingan Mereka Corak T-Shirt..:
KNI Enterprise sedang menganjurkan satu pertandingan mereka corak design t-shirt. Pertandingan ini terbuka kepada semua lapisan masyarakat mengikut kategori-kategori yang telah ditetapkan. Pertandingan ini bertujuan bagi mencari bakat-bakat baru dalam dunia mereka corak design dan grafik. Pertandingan ini bermula pada 8 Mei hingga 15 Jun 2011. Bagaimanapun tarikh tutup pertandingan ini terpaksa ditunda ke suatu tarikh yang belum ditetapkan untuk memberi peluang kepada lebih ramai bakat-bakat terpendam di luar sana.
Pertandingan ini diharapkan mampu melahirkan lebih ramai designer-designer muda yang mempunyai idea-idea kreatif dalam menghasilkan karya-karya mereka.
Untuk maklumat, peserta-peserta yang terpilih mungkin akan ditawarkan untuk menjadi pereka corak muda yang akan berkhidmat untuk KNI Enterprise.
kepada yang ingin menyertai pertandingan ini sila ke laman facebook KNI Enterprise.
Pertandingan ini diharapkan mampu melahirkan lebih ramai designer-designer muda yang mempunyai idea-idea kreatif dalam menghasilkan karya-karya mereka.
Untuk maklumat, peserta-peserta yang terpilih mungkin akan ditawarkan untuk menjadi pereka corak muda yang akan berkhidmat untuk KNI Enterprise.
kepada yang ingin menyertai pertandingan ini sila ke laman facebook KNI Enterprise.
Kategori Dan Syarat2 Penyertaan...
Pertandingan akan dibahagikan kepada 5 kategori.. Kategori Pertama Design T-Shirt bertemakan (I Love "my campus") Contohnya, I Love KMPP, I Love KMK, Saya Sayang Sekolah Saya, dan sebagainya. Kategori ini dibahagikan kepada dua bahagian, pertama untuk kolej pengajian tinggi dan universiti dan kedua untuk sekolah menengah(berasrama penuh, sekolah premier, sekolah sukan, MRSM, dsbgnya) Dalam kategori ini anda bebas memilih untuk membuat design khas untuk sekolah/institusi anda atau ingin membuat design secara umum. Kategori Kedua Design bertemakan couple T-Shirt. Contohnya, saya suka awek saya, we're sweet couple, like me? ask her/him, dan sebagainya. Untuk kategori ini anda mestilah menghantar dua design yang pertama design untuk baju lelaki(lengan pendek) dan yang kedua design untuk perempuan(lengan panjang). Kategori Ketiga Design bertemakan Muslim dan Muslimah. Contohnya, saya muslim sejati, i love palestine, lindungi al-aqsa dan sebagainya... Design-design untuk kategori ini lebih menjuruskan kepada bentuk-bentuk kerohanian Islam. Kategori Keempat Design bertemakan semangat patriotik, kemerdekaan Malaysia, semangat 1Malaysia, saya anak merdeka dan sebagainya. Kategori ini berdasarkan bulan kemerdekaan negara yang bakal menjelma Ogos nanti. anda perlulah menggunakan kreativiti anda sepenuhnya dalam mereka corak berdasarkan tema ini. Kategori Kelima. Design bertemakan bebas. Setiap design perlulah mengikut batas-batas dan norma masyarakat. Syarat-syarat penyertaan. 1. Penyertaan terbuka kepada semua warganegara Malaysia tanpa mengira had umur dan jantina. 2. Senireka grafik / design tersebut mestilah belum pernah wujud dan ia semestinya karya asli dan tiada sebarang unsur plagiarism daripada mana-mana sumber. 3. Design yang dihantar menyertai pertandingan ini akan menjadi hak milik penuh pihak PENGANJUR dan peserta dilarang untuk menggunakan design tersebut bagi tujuan komersial lain. 4. Setiap penyertaan mestilah mengandungi senireka grafik/design beserta reka bentuk t-shirt (depan dan belakang) dan beresolusi minima 1024x768(berskala besar) 5. Design anda hendaklah dihantarkan/dipos pada wall FB T-Shirt Design Contest sebelum tarikh tamat pertandingan dengan tajuk design yang berbeza(jika banyak design) 6. Anda dikehendaki menghantar maklumat diri anda (NAMA PENUH, NO I/C, ALAMAT SURAT-MENYURAT, NAMA FB, INSTITUSI PENGAJIAN, NO H/P, EMEL) ke emel t.shirt.design11@gmail.com selepas anda mengupload design anda di wall penganjur beserta file PSD(jika ada)&JPEG design anda. 7. Segala keputusan yang telah dibuat adalah keputusan muktamad. 8. Penyertaan dibatalkan serta merta sekiranya gambar yang dihantar pernah memenangi atau menyertai pertandingan-pertandingan rekaan yang lain ATAU hak milik orang lain. 9. Pertandingan ini bermula pada 8 Mei 2011 hingga 15 Jun 2011. 10. 10 penyertaan pertama yang diterima akan berpeluang menerima hadiah misteri daripada pihak penganjur. | |
Subscribe to:
Posts (Atom)