Pages

Saturday, July 23, 2011

KNI NewsLetter 1

Salam Sejahtera kepada semua liker page T-Shirt Design Contest..

Terima Kasih kerana sudi sama2 memeriahkan page ini. Terima kasih juga kepada peserta2 yang telah menghantar penyertaan rekaan anda kepada kami. Kepada mana2 peserta yang masih belum menhantar butiran peribadi anda ke emel kami sila berbuat demikian secepat mungkin untuk tujuan rekod.

Kepada yang masih dalam proses menyiapkan rekaan anda untuk dihantar kepada kami selamat maju jaya kami ucapkan.

Diingatkan kepada semua peserta agar mempromosikan rekaan anda kerana reka corak dengan jumlah like tertinggi mempunyai peluang yang amat cerah untuk memenangi pertandingan ini.

Adalah diingatkan juga pertandingan ini mempunyai 5 kategori dan masih terdapat kategori2 yang masih belum mendapat sebarang penyertaan terutamanya kategori 4 bertemakan bulan kemerdekaan Malaysia.

Oleh itu, pihak penganjur amatlah berbesar hati sekiranya anda dapat menghantar penyertaan untuk kategori 4 bagi memeriahkan sambutan bulan kemerdekaan Malaysia walaupun kita bakal berada dalam bulan penuh keberkatan iaitu Ramadhan yang kebetulan bersamaan dengan bulan kemerdekaan Malaysia.

Akhir kata, sekali lagi kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada anda semua kerana menyokong kami secara langsung mahupun tidak langsung.

No comments:

Post a Comment